SILIBUS SEMESTER 3

KOD DAN NAMA KURSUS : STS 3076 – LUKISAN KERJA 3 (6 JAM KREDIT)

Kursus Lukisan Kerja 3 dibina untuk mendedahkan kepada pelajar tentang garis panduan perancangan dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam dalam menghasilkan lukisan kerja. Pelajar juga akan didedahkan dengan lukisan butiran dan lukisan kemudahan bangunan. Kursus ini penting untuk menghasilkan sebuah lukisan kerja yang lengkap. Kaedah ini bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang telah menamatkan kursus Lukisan Kerja 2.

KOD DAN NAMA KURSUS : STS 3084 – ASAS LUKISAN TERUKUR (4 JAM KREDIT)

Lukisan Terukur merupakan salah satu skop kerja dalam bidang senibina. Lukisan terukur penting bagi kerja-kerja pengubahsuaian bangunan. Selain itu, ia juga bertujuan menghasilkan lukisan kerja bagi bangunan yang tiada pelan asal. Oleh itu, adalah amat penting bagi para pelajar mengetahui teknik-teknik penghasilan lukisan terukur memandangkan kerja-kerja pengubahsuaian bangunan merupakan keperluan industri semasa.

KOD DAN NAMA KURSUS : STS 3095 – BIM SENIBINA (5 JAM KREDIT)

Building Information Modelling (BIM) adalah salah satu proses terkini yang digunapakai dalam bidang pembinaan. Kursus ini merupakan nilai tambah kepada pelajar untuk keluar bekerja di dalam industri pembinaan seiring dengan perkembangan teknologi terkini. Oleh itu adalah penting bagi pelajar mempunyai pengetahuan dan berkemahiran untuk menghasilkan model bangunan.

KOD DAN NAMA KURSUS : MPU 1331 / MPU 1341 – PENDIDIKAN ISLAM 2/PENDIDIKAN MORAL 2 (1 JAM KREDIT)

Pendidikan Islam 2 adalah suntikan utama pembangunan modal insan teras kepada pembangunan Negara. Kursus ini adalah usaha ke arah melahirkan insan yang berilmu, beramal, berbakti dan menghayati ilmu yang dipelajari serta membentuk insan yang berakhlak mulia menurut syariat Islam.

Bagi mencapai pembangunan modal insan selaras dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan serta Wawasan Negara, Kemoralan Sosial merupakan satu modul bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pembentukan moral, mengesan dan peka terhadap isu-isu moral di Malaysia serta dapat menyuburkan tingkahlaku moral dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

KOD DAN NAMA KURSUS : MPU 1101 – WORKPLACE ENGLISH (1 JAM KREDIT)

The study of English helps create confident communicators, imaginative thinkers and informed citizens. As it is a global language, English teaches individuals to analyse, understand, communicate with and build relationships with others and with the world around them. The study of English helps people develop the knowledge and skills needed for education, business and the workplace.