MAKLUMAT KORPORAT

Kolej Komuniti Tanjong Karang (KKTK) mula ditubuhkan pada Julai 2007 di bawah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang kini telah ditukar kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) setelah bergabung bersama Politeknik. Pengambilan Pelajar baru sesi Julai 2007 iaitu kursus Sijil Pelukis Pelan Senibina seramai 18 orang (Penempatan sementara di Kolej Komuniti Sabak Bernam) adalah pelajar perintis permulaan KKTK ditubuhkan. Kemasukan pelajar pertama kolej Komuniti Sesi Januari 2008 seramai 25 orang dan pelajar semestar 2 seramai 18 orang.

Kolej Komuniti Tanjong Karang mengorak langkah kecemerlangan dengan diterajui dengan kekuatan bersama barisan - barisan kakitangan akademik seramai 8 orang dan kakitangan pentadbiran seramai 6 orang. Pada bulan Julai 2012 KKTK telah menambah bilangan kakitangan dengan melantik Pegawai Khidmat Singkat (PSH) untuk membantu pelaksanaan sesi Pengajian dan Pembelajaran berjalan dengan lebih lancar.

Kecemerlangan KKTK semakin terbukti dengan melaksanakan beberapa kursus pendek dan program - program kolaborasi bersama organisasi luar di antaranya ialah MOA inc Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor, Hospital Tanjong Karang, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Tanjong Karang dan beberapa agensi yang lain.

UNIT ICT

VISI
ICT Sebagai Pemacu Penyampaian Perkhidmatan dan Tadbir Urus Yang Terbaik.

MISI
Mengoptiumkan Perkhidmatan ICT Secara Holistik Bagi Penyampaian Perkhidmatan dan Tadbir Urus Yang Cekap dan Berkesan.

DOKUMEN KESELAMATAN ICT KOLEJ KOMUNITI TANJONG KARANG (DKICT) VERSI 1

Dasar Keselamatan ICT KKTK mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) KKTK. Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di KKTK mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT KKTK. Dasar ini dibuat berasaskan kepada Dasar Keselamatan ICT MAMPU dan Dasar Keselamatan ICT JPPKK yang sedia ada.

Muat Turun Dokumen Keselamatan ICT (DKICT) Kolej Komuniti Tanjong Karang Versi 1 di sini.