- Details
- Super User
- Hits: 2972
SILIBUS SEMESTER 2
KOD DAN NAMA KURSUS : STS 2046 – LUKISAN KERJA 2 (6 JAM KREDIT)
Kursus Lukisan Kerja 2 ini dibina untuk mendedahkan kepada pelajar tentang penggunaan perisian AutoCad untuk menghasilkan lukisan kerja. Kaedah ini bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan penghasilan lukisan 2D dan lukisan kerja. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang telah menamatkan kursus Lukisan Kerja 1. Kursus ini juga menjadi pra-syarat untuk kursus seterusnya iaitu kursus Lukisan Kerja 3.
KOD DAN NAMA KURSUS : STS 2054 – GRAFIK SENIBINA 2 (4 JAM KREDIT)
Grafik senibina 2 merupakan salah satu skop kerja dalam bidang senibina. Grafik senibina 2 penting bagi menyediakan pelajar dengan kemahiran mengaplikasikan perisian 3D (SketchUp) dan perisian suntingan imej (Adobe Photoshop) dalam menghasilkan lukisan persembahan berbantu komputer. Adalah penting bagi pelajar mengetahui teknik-teknik penghasilan lukisan persembahan berbantu komputer memandangkan ia adalah keperluan industri semasa.
- Bab 1 - Pengenalan
- Bab 2 - Penghasilan lukisan 3D berbantu komputer
- Bab 3 - Penghasilan lukisan persembahan berbantu komputer
KOD DAN NAMA KURSUS : STS 2062 – TEKNOLOGI PEMBINAAN 2 (2 JAM KREDIT)
Teknologi Pembinaan 2 adalah kursus sambungan dari kursus Teknologi Pembinaan 1. Di dalam kursus kedua ini pelajar didedahkan dengan jenis-jenis bahan yang digunakan untuk membina bangunan. Perincian berkaitan bahan binaan tersebut juga didedahkan dengan lukisan-lukisan pembinaan.
KOD DAN NAMA KURSUS : MPU 1231 – KEMAHIRAN INSANIAH 1 (1 JAM KREDIT)
Kemahiran Insaniah adalah suntikan utama pembangunan modal insan teras kepada pembangunan Negara. Kursus ini adalah usaha ke arah melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran, inovatif, jati diri, beretika dan mempunyai kerjaya yang sewajarnya.
KOD DAN NAMA KURSUS : MPU 1181 – COMMUNICATIVE ENGLISH (1 JAM KREDIT)
The study of English helps create confident communicators, imaginative thinkers and informed citizens. As it is a global language, English teaches individuals to analyze, understand, communicate with and build relationships with others and with the world around them. The study of English helps people develop the knowledge and skills needed for education, business and the workplace.
KOD DAN NAMA KURSUS : MPU 1311 / MPU 1321 – PENDIDIKAN ISLAM 1/PENDIDIKAN MORAL 1 (1 JAM KREDIT)
Pendidikan Islam 1 adalah suntikan utama pembangunan modal insan teras kepada pembangunan Negara. Kursus ini adalah usaha ke arah melahirkan insan yang berilmu, beramal, berbakti dan menghayati ilmu yang dipelajari serta membentuk insan yang berakhlak mulia menurut syariat Islam.
Bagi mencapai pembangunan modal insan selaras dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan serta Wawasan Negara, Kemoralan Sosial merupakan satu modul bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pembentukan moral, mengesan dan peka terhadap isu-isu moral di Malaysia serta dapat menyuburkan tingkahlaku moral dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
KOD DAN NAMA KURSUS : MPU 1421 – KOKURIKULUM 2 (1 JAM KREDIT)
Kokurikulum 2 memfokuskan kepada penyediaan pengetahuan dan kemahiran sukan yang boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik kuliah bagi perkembangan minda, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai murni.
KOD DAN NAMA KURSUS : MPU 1221 – KEUSAHAWANAN (1 JAM KREDIT)
Kursus Keusahawanan ini dibangunkan untuk memberi pendedahan asas keusahawanan kepada semua pelajar peringkat Sijil Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ini dapat membantu pelajar menceburi bidang keusahawanan setelah menamatkan bidang pengajian.